Selamat Datang Ke Laman Web LKPP Padi Sdn. Bhd.

"Istiqomah Pemangkin Kecemerlangan"

Tiada Untuk Masa Ini.

.

  1. Krisis Makanan Dunia & Malaysia

    Dengan pelbagai andaian serta spekulasi tentang punca kemerosotan makanan utama iaitu padi kita seharusnya mengambil iktibar bahawa sesebuah negara yang kuat ialah negara yang mempunyai sumber makanan yang mencukupi serta sumber manusia yang berkualiti.Dengan kenaikan harga beras yang melambung tinggi seharusnya menginsafkan kita bahawa kawasan sawah padi tidak perlu ditukarkan statusnya menjadi pelbagai kawasan komersial atau perumahan.Itulah pendapat yang mudah pada pandangan orang awam seperti kita.Kekalkan kawasan penanaman padi yang sedia ada serta wujudkan kawasan penananam padi yang baru.Pertingkatkan teknologi,pengurusan serta penyelidikan agar penanaman padi dapat dijalankan melebihi 2 kali setahun. Krisi makanan dunia ? Apakah puncanya?

    Menurut pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlin Mokhtar "terdapat 3 faktor utama berlakunya krisis makanan di peringkat global. Pertama-- pertambahan bilangan penduduk dunia serta kekurangan tanah yang diperuntukkan bagi sektor pertanian. Kegiatan perindustrian yang aktif sehingga menyumbang kepada pencemaran selain perubahan cuaca dunia. Menurutnya, krisis makanan khususnya di negara- negara membangun dapat ditangani sekiranya petani mempraktikkan amalan pertanian moden. Ini termasuk penggunaan teknologi terkini dan memaksimunkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil pengeluaran."

    Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr. Zarinah Yusof berkata, krisis yang melibatkan bahan makanan seperti beras dan tepung itu jika tidak dibendung akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

    "keadaan cuaca juga memainkan peranan selain kenaikan harga minyak dunia. Tindakan Amerika memajukan biofuel menggunakan bahan makanan telah mewujudkan satu konflik. Selain satu pembaziran, ia juga antara penyebab krisis makanan dunia berterusan.

    Ada pendapat yang mengatakan bahawa kenaikan harga barang makanan ini contohnya tepung berpunca sebenarnya juga daripada tindakan negara Amerika yang cuba memajukan teknologi biofuelnya, kerana di sini didapati untuk pengeluaran jagungnya dan gandumnya banyak digunakan untuk pengeluaran biofuel tadi. Contohnya, untuk pengeluaran ethanol memerlukan 240-kilogram jagung yang mana dapat mengeluarkan 100-liter ethanol yang cukup untuk keperluan sebuah S-U-V."

    Prof Dr. Ghizan Salleh dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia berkata:

    Malaysia mampu menjadi pengeksport beras domestik seperti yang digariskan dalam Dasar Pertanian Ketiga sekiranya mengamalkan pengurusan sumber dan penggunaan teknologi secara efisien dalam pertanian. Menurutnya langkah itu sekaligus dapat mengatasi krisis kekurangan makanan global. Katanya pembaziran sumber seperti baja dan racun perosak perlu dielakkan sementara pengurusan kesesuaian tanah untuk pertanian dengan cara yang betul, perlu diamalkan. Faktor ini akan turut menyumbang kepada perubahan iklim sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran pertanian negara.

    "kita mempunyai teknologi di negara ini dan pastinya teknologi telah pun digunakan tetapi saya percaya banyak lagi yang perlu ditingkatkan. Kita cuba tingkatkan hasil padi menggunakan teknologi terkini dan juga kemungkinan untuk menambah. Kawasan padi kita yang mana kita tahu sabah dan Sarawak masih ada lagi tanah untuk dipertingkatkan keluasan sedia ada."

    Sememangnya kita sudah ada variety disebut MR219 yang ditanam dikawasan 90 % kawasan penanaman padi dinegara kita dan hasilnya boleh melangkau 10 tan sehektar tetapi perlu didalam suasana pengeluaran dimana pengurusan pengeluaran itu dijaga dengan baik. Walaupun kita ada teknlogi ini tetapi amalan terhadap teknologi tidak benar-benar dibuat oleh keseluruhan petani. Itu dapat dimantapkan melalui program-program pengembangan. Ada kalanya petani tidak melakukan sepenuhnya apa yang dinyatakan mungkin baja tidak digunakan pada tahap yang sepatutnya. Cara mengairkan kawasan padi tadi amat penting dimana kita hanya perlu air diberikan pada tahap saturation point. Kita ada juga baja padi yang dikeluarkan yang saya percaya jika digunakan pada peringkat yang optimum boleh menghasilkan pengeluaran yanggg baik.

    Sumber:Radio RTM 27/4/08

    Apa pun pendapat dan saranan,kekalkan dan tambahlah kawasan penanaman padi semaksima mungkin.Dengan Vietnam(pengeksport kedua terbesar dunia selepas Thailand menggantung eksport akibat pengeluaran padinya terjejas teruk kerana kemarau dan serangan serangga.),Thailand serta Filipina(terjejas apabila pengeluaran serta stok berasnya merosot teruk) sebagai negara pengeluar beras terbesar di dunia menghadapi pelbagai masalah seperti serangan makhluk perosak serta ancaman iklim yang tidak menentu,dunia terutamanya negara-negara asia akan terjejas teruk.Malaysia seharusnya bersiap sedia menghadapi keadaan ini.

    Kita perlu memikirkan untuk mengurangkan 30 peratus daripada keperluan beras negara atau kira-kira 700,000 tan metrik setahun yang diimport dari Thailand dan Vietnam.Pertubuhan Makanan Dunia (FAO) melaporkan sebayak 36 buah negara terjejas teruk serta menghadapi krisis makanan yang meruncing.Dengan kenaikan harga 20% beras negara kita seharusnya memikirkan semula tentang pengambilan tanah sawah padi untuk pembangunan yang tidak terancang.Semoga Malaysia akan bebas dari ancaman krisis makanan.Lestarikan penananam padi negara!

    KEMBALI


Pautan

 

lkppnp

lcsb

derhu

property