Selamat Datang Ke Laman Web LKPP Padi Sdn. Bhd.

"Istiqomah Pemangkin Kecemerlangan"

Tiada Untuk Masa Ini.

.

  1. Padi & Semangat Padi

    Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur.

    Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

    Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.

    Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.

    Kaedah Penanaman Padi Dalam penanaman padi terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu kaedah menanam (transplanting) dan tabur terus(direct seeding).

    Semangat Padi

    Secara amnya kepercayaan semangat padi adalah sebahagian daripada animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat(roh).Manakala Semangat padi ialah semangat yang khususnya dipunyai oleh padi.Pada konteks ini,penanaman padi merupakan suatu kerja yang melibatkan pelayanan dengan semangat padi.Perhubungan dengan semangat padi dilakukan dengan melalui bermacam-macam upacara dan dengan menggunakan "bahasa jampi".

    Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. Kepercayaan ini terdapat meluas dikalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja. Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

    Sifat-sifat Semangat Padi

    Sesuai dengan sifatnya sebagai semangat, jasmaniah semangat padi adalah samar-samar.Terdapat pelbagai pendapat mengenai bentuk semangat padi, diantaranya adalah seperti berikut:

        1. Berbentuk Perempuan

        2. Ada yang berbentuk perempuan dan ada juga yang berbentuk lelaki

        3. Seperti belalang atau serangga lain

        4. Seperi burung

        5. Seperti pusingan angin

    Daripada pendapat-pendapat ini,bolehlah disimpulkan bahawa semangat padi tidak mempunyai suatu bentuk yang identik.Daripada pendapat-pendapat ini, bentuk yang dipunyai oleh semangat padi adalah dalam bentuk "jelmaan" selain daripada bentuk "maya" yang disepertikan sebagai "pusingan angin".

    Semangat padi bukan sahaja diberi pendapat yang bermacam-macam mengenai bentuknya bahkan nama yang diberi kepadanya juga bermacam-macam.Nama yang diberi kepada semangat padi bergantung kepada keadaan, tempat dan juga orang yang memanggilnya.Nama-nama yang dipanggil untuk semangat padi adalah seperti berikut:

        1. Anak Sembilan Bulan

        2. Anak Maharaja Cahaya

        3. Si Dang Sari

        4. Si Dang Rupa Seri

        5. Si Dang Seri Tongkat

        6. Si Dang Tatap

        7. Si Dang Yas

        8. Seri Gading

        9. Gemala Dading

    Nama-nama yang diberikan kepada semangat padi adalah nama-nama yang berhormat.Gelaran "sidang" atau "tuk sidang" adalah panggilan hormat kepada ketua. Manakala "Seri" merupakan panggilan yang memuliakan raja. "Dang" pula merupakan gelaran kepada wanita yang tinggi kedudukannya. "Gemala" juga membawa maksud yang mulia,ia bermaksud "batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat". Dengan itu,boleh disimpulkan bahawa semangat merupakan kuasa yang dihormati oleh petani Melayu.

    Semangat mempunyai perangai seperti manusia.Semangat padi ini mudah tersinggung, terganggu atau terperanjat.Tegasnya ia sangat peka terhadap segala kejadian yang berlaku di sekelilingnya.Secara amnya semangat padi mempunyai sifat lemah-lembut. Dengan itu kekunci dalam kejayaan penanaman padi terletak pada perasaan semangat itu sendiri.Oleh itu terdapat pelbagai upacara yang dilakukan untuk menjaga perasaan semangat padi.

    Upacara yang berkaitan dengan Semangat Padi

    Terdapat pelbagai jenis upacara yang dilakukan oleh petani Melayu dalam penanaman padi.Tetapi upacara yang melibatkan semangat padi yang turut menjadi subjek bagi tugasan ini hanyalah "Istiadat Mengambil Semangat Padi" yang juga disebut sebagai "Upacara Menuai Padi Sulung".

    Upacara ini dilakukan semasa padi memasak dan sebelum kerja menuai diadakan. Amalan upacara ini berbeza-beza mengikut tempat-tempat yang berlainan.Tetapi diantaranya mempunyai pola umum yang sama.

    Secara amnya,upacara ini dilakukan oleh pawang dengan menuai sejumlah tangkai padi yang terpilih berdasarkan sifatnya yang istimewa yakni sifatnya yang "tertutup" ,tinggi dan subur.Padi ini dikira padat dengan semangat.Bacaan jampi diadakan sempena padi ini dituai.Salah satu contoh bagi bacaan jampi ini berbunyi demikian:

    "Ni,bapa (ibu atau emak), mari nak beritahu, dua(tiga atau esok) hari lagi bapa nak datang ambil bawa balik ke rumah,jangan terkejut tergempar apa-apa."

    Daripada bacaan jampi di atas,jelasnya semangat padi itu dilayan dengan penuh hormat lagi sayang. Seterusnya padi ini akan dibawa balik ke rumah dengan berpayung. Apabila padi ini telah sampai ke rumah tuan punya sawah ia akan disambut oleh tuan punya sawah dengan penuh hormat.Selepas itu padi ini simpan dalam bekas yang khas .Pantang menuai selama tiga hari diadakan selepas upacara ini dan kerja menuai mula dilakukan selepas genap tiga hari ini.

    Upacara ini dilakuakan sesuai dengan perangai semangat padi yang mudah tersinggung. Bagi menjaga semangat padi, upacara ini dilakukan dengan penuh takzim sebagaimana ia dibawa dengan berpayung dan "dijaga"dalam bekas yang dikhaskan untuknya.

    Pantang Larang yang berkaitan dengan Semangat Padi

    Bagi mengelakkan semangat padi merajuk, perbuatan yang boleh mengejutkan semangat padi perlu dihindari di kawasan sawah.Dengan itu perbuatan yang boleh mengejutkan semangat padi adalah pantang di kawasan sawah.Di bawah menunjukkan beberapa contoh pantang larang yang tujuan perlaksanaannya adalah demi kesukaan semangat padi:

        1. Pantang menyeberangkan mayat di kawasan sawah.

        2. Pantang melakukan perbuatan keji di kawasan sawah.

        3. Pantang menggunakan sabit semasa menuai padi.

        4. Pantang membuat bising di kawasan sawah.

    Kononnya semangat padi akan terkejut dengan mayat.Akibatnya hasil padi berkurang atau tidak menjadi langsung.Bagi mengelakkan apa-apa bencana daripada keadaan ini,mayat dielakan diusung melalui kawasan sawah.Sekiranya ia tidak dapat dielakan, upacara "pemulihan tanah dan tempat dilalui" perlu dilakukan bagi memulihkan semangat padi.Dengan itu keluarga si mati dikenakan "wang pengeras".

    Semangat padi boleh lari ke tempat lain sekiraannya perbuatan keji dilakukan di kawasan sawah.Akibatnya padi menjadi lemah dan terdedah kepada serangan penyakit.Pantang larang ini memenuhi salah satu pola umum dalam alam pemikiran primitif iaitu kepercayaan masyarakat primitif terhadap alam semula jadi sebagai sesuatu yang bersifat peribadi dari segi alam semester itu menekankan keteraturan sosial dan turut memeliharanya. Ini bermaksud alam semula jadi boleh bereaksi ke atas perlakuan moral dalam masyarakat.Kejadian lari semangat yang disebabkan perbuatan keji di kawasan sawah merupakan satu contoh alam semula jadi mencampuri hal-ehwal moral manusia.

    Bagi memulihkan semangat padi yang hilang atas sebab perbuatan keji, upacara "bersemah" perlu dilakukan.Upacara bersemah ini bermaksud untuk memanggil balik semangat padi.

    Pantang menggunakan sabit semasa menuai padi berasaskan kepercayaan bahawa semangat padi perlu dilayan dengan lemah-lembut.Alat penuai adalah yang paling elok kerana cara ini tidak "menyakitkan" semangat padi.

    Buat bising di kawasan sawah juga pantang, terutamanya semasa upacara-upacara dijalankan. Ini adalah kerana semangat padi dipercayai takut kepada bunyi bising.

    KEMBALI


Pautan

 

lkppnp

lcsb

derhu

property